hari lahir arwah mama yang ke 58
assalamualaikum..
sebenarnye hari ni hari ulangtahun kelahiran mama saye yang ke 49.. mude lagi kan arwah mama saye kalau die masih hidup.. tak payah kalau sangat la Muni..Allah know best.. hadiah harijadi untuk mama saye adelah doa... dan bamyakbanyak saye sedekahkan alfathihah untuk mama.. semoge mama tenang di sane..
korang.. boleh sedekahkan al fathihah untuk mama saye? :( rindu mama sangatsangat.. penuh rase hati ni dengan rindu tu.. rinduuu nak peluk mama.. tak puas hidup dengan mama.. takpe.. di akhirat kelak inshaAllah.. kite rehat dan jumpe puaspuas.. moge Allah makbulkan.. amin..
al fathihah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[14.04.2014] Surat Untuk Arwah Mama
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
andai kata surat ini mampu diposkan ke atas sana, andai kata surat ini mampu dibaca mama.. andai kata untuk kesempatan kali ini untuk mama baca...
mama,
selamat hari lahir! happy birthday!! shen ri kuai le!!! saengril chukahae!! sanah helwah!!
mama,
kalau mama ada lagi 14 APR ni umur mama dah 58... cepatnya masa berlalu, kan? mama akan cakap 'mama masih muda lagi' tak sangka dah empat (4) tahun kita tak sambut bersama-sama dengan jasad mama di sini. dah empat tahun... lamanya hidup muni tanpa mama kat sini...:')
mama,
empat tahun ni, muni allhmdllah muni hidup baik-baik saja. mama jangan risau, ya? mama, untuk empat tahun ni, muni cuba untuk mengurangkan dosa muni, supaya mama tak tanggung apa-apa sakit kat sana. tapi, muni dapat rasa, muni ni dipenuhi dosa...dan muni pun rasa muni ni macam menambah-nambahkan lagi dosa... maafkan muni, ya mama kerana tak dapat jadi insan tanpa dosa... muni harap mama takkan disakiti kerana kekhilafan adik kat sini...:( maafkan muni kerana muni tak dapat jadi anak yang BAIK untuk mama dan abah....
mama nak tau tak?
masa mama mula-mula pergi dulu...
mama tahu muni rasa muni bangga dapat mandi kan untuk mama .. muni tak tahu macam mana nak ckp mama. muni tahan perasaan sedih depan abah waktu tu... apabila abah pengsan 2 kali depan muni. dan abge pun tiba2 je baik dgn muni yela selama ni mama selalu bising kat kami berdua kan selalu je gaduh... mama muni minta maaf bnyk muni lukakkan hati mama dan abah.
mama tahu? selepas abah kahwin ,abah sentiasa pesan kat muni sentiasa ziarahi kubur mama dan baca yasin untuk mama, mama jgn risau dengan muni sentiasa akan okey. akan okey. muni positif yang adik akan lalui semuanya dengan baik-baik saja. mama rindu sangat dengan mama, sampai sakit dia mama tak tahu nak gambarkan macam mana...
mama rindu sangat dengan mama...
dulu kan mama, adik selalu rasa its okay, mama tak ada.. adik akan hadapi semuanya dengan okay juga. sebab Nabi Muhammad lagi kasihan, dia hilang ummi dia sejak umur 6 tahun...
atleast, mama ada mama untuk 20 tahun...
tapikan mama.. mama tak sekuat nabi...
rindu mama pada mama, kadang-kadang mama rasa nak cepat-cepat menyusul mama kat sana. tapi, mama lupa, dosa mama banyak sangat...entah-entah nanti, mama kat syurga, mama dekat neraka, lagi harukan mama?
muni naklah mati dalam iman and then jadi ahli syurga...
sikap positif mama menurun, sebab lebih lama mama hidup, mama sangat-sangat memerlukan mama di sisi mama.. baru mama tahu, walau orang lain yang juga yatim piatu tu, memang betul susah hidup tak ada mak ayah... baru mama tahu, mama sebenarnya memang sukar untuk hidup tanpa mama...
mama,
mama kat sini masih lagi boleh tersenyum dan tertawa macam biasa.. mamatak selalu nangis dah.. mungkin air mata mama dah kering kot.
mama, cuma mama rasa mama ni memang hati batu, keras kepala, and tak ada hati pun ya jugak..entahlah..
mama,
mama hidup baik-baik je kan kat sana? :)
mama,
adik nak dengar suara mama.. adik nak peluk mama.. mama muni rindu kan masakkan mama ... 4 tahun sudah berlalu... muni rindu nak gi jalan2 dgn mama kite, selalu jalan berdua ke mana saje .muni tak kan lupa mama buat suprise !! kat muni time hari jadi muni pada tahun 2009. tu kali takhir mama buat suprise utk muni ... :(
mama,
terima kasih sebab jadi ibu yang terbaik untuk adik.. adik minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang terbaik untuk mama...
mama,
bestnya kalau mama ada kat sini... bestnya
tapi, ini yang terbaik kan mama?
mama pergi dulu, pasti ada hikmah kan mama?
muni rasa muni tau dah hikmah dia....:)
mama,
muni kat sini baik-baik saja.. sebenarnya tak ada apa yang mama perlu risau.. muni saja nak manja lebih tulis surat ngada-ngada macam ni nak suruh mama bagi attention kat muni...
kalau mama dapat bagi attention kat muni..
mama jangan risau ya? muni masih lagi the super adik yang boleh settlekan masalah sendiri. yang selalu boleh berdiri di atas kaki sendiri walau dugaan datang bertimpa-timpa.. adik kan kuat? :)
jadi, mama kena hidup tenang-tenang dan baik-baik disana, ya? muni
akan selalu doakan yang terbaik untuk mama..:)
muni sentiasa ingt pkataan mama selalu diteliga muni....
abah , pun selalu ingt kan mama... mama muni ade ma baru allhmdllah diorng bhgia dgn abah.. insyallah semoga baik2 sahaja... i miss my mom.. terima kasih mlahirkan muni dan abg e didunia ni
muni dan abge rindukan mama selalu... abg e dan abah pasti rindukan masakan mama....
salam syg.
mama,
malam ni nak mimpi mama boleh?
:)
lots of love,
anak mu munirah.
No comments:
Post a Comment