INFO | Punca dan Sebab Kenapa Sering Buang Air Kecil ini
.Assalamualaikum ♥
Hmm . Kat sini siapa yang kerap hadapi masalah macam ni ? Lyssa mengaku Lyssa salah seorang yang sering buang air kecil . Kadang rasa macam bagus sebab kita selalu buang air kecil . Bila dah buang air kecil , sekaligus toksik kotor dalam badan buang terbuang sekal . Tapi kadang tu terfikir juga , " aku ni ada penyakit apa lah sampai selalu sangat pi toilet , terkencing bagai . kadang tu tidur tengah malam selalu sangat terjaga pukul 3 - 4 pagi sebab nak ke toilet buang air kecil . " hm .
Ada tak antara korang yang hadapi masalah yang sama dengan saya ? Pernah ke korang search google pasal benda-benda ni semua ? Pernah ke korang tahu apa sebab korang kerap buang air kecil ? Kalau tak tahu , kat sini Lysa nak share kat korang apa sebab sering kali membuang air kecil .
Ini lah antara sebab musabab nya :
1. Kapasiti pundi kencing. Pundi kencing wanita lebih kecil daripada lelaki sehingga lebih cepat penuh.
2. Haid. Hormon dalam tubuh wanita terus berubah sepanjang bulan. Tepat sebelum haid , seorang wanita biasanya menahan sejumlah cecair. Beberapa saat selepas haid bermula , cecair tambahan itu meninggalkan tubuh. Hal ini menyebabkan buang air kecil lebih banyak dan sering.
3. Kehamilan. Pada awal kehamilan , tekanan uterus (rahim) ke pundi kencing membuat wanita harus buang air kecil lebih kerap. Buah pinggang juga bekerja lebih cepat selama kehamilan dan menyebabkan pengeluaran air kencing yang lebih banyak. Aksi hormon tertentu selama kehamilan membuat dinding pundi kencing lebih lembek dari biasanya, yang juga meningkatkan dorongan untuk buang air kecil.
4. Sistitis. Cystitis adalah jangkitan saluran kencing di mana uretra dan pundi kencing meradang oleh bakteria. Gejala utama cystitis adalah dorongan kuat untuk buang air kecil, namun hanya sejumlah kecil air kencing yang keluar. Saluran kencing, perut dan punggung bawah mungkin terasa sakit.
5. Diabetes. Pada pesakit diabetes, gula dalam darah yang tinggi (lebih dari 250 mg / dL) meningkatkan kepekatan (osmolalitas) darah. Hal ini cenderung untuk menarik cecair keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah melalui osmosis. Buah pinggang anda mendapatkan peningkatan beban cecair untuk diolah, sehingga meningkatkan kekerapan kencing.
6. Minum berlebihan. Beberapa orang kehausan terus-menerus sehingga banyak minum.Pada akhirnya, kelebihan cecair itu harus dibuang dengan sering buang air kecil. Dalam kes seperti ini, anda perlu mencari punca rasa haus. Memakan sesuatu yang mengandung garam tinggi boleh menyebabkan rasa haus dan itu normal. Namun, jika anda selalu haus tanpa alasan yang jelas, sebaiknya berunding dengan doktor. Salah satu kemungkinan penyebabnya adalah diabetes.
7. Kafein. Kafein boleh mempengaruhi hormon antidiuresis (ADH). Hormon ini bekerja untuk memastikan bahawa tidak terlalu banyak air yang dikeluarkan ke dalam air kencing. Kafein mempunyai kesan menghalang ADH sehingga menyebabkan lebih banyak air yang dikeluarkan dalam air kencing dan lebih sering buang air kecil. Oleh kerana itu, anda disyorkan untuk meminum segelas air putih untuk setiap cawan kopi yang anda nikmati.
8. Ubat. Beberapa ubat-ubatan mempunyai kesan diuretik yang menyebabkan lebih sering kencing untuk sementara. Anda akan kembali normal selepas berhenti meminumnya.
9. Pundi kencing hiperaktif. Orang yang mempunyai pundi kencing terlalu aktif mempunyai keperluan untuk buang air kecil sangat sering dalam beberapa saat dan kemudian mungkin berhenti. Orang tua lebih terdedah kepada keadaan ini kerana mereka lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit yang menyebabkannya. Pundi kencing hiperaktif juga boleh terjadi pada mereka yang tertekan secara emosi atau kemurungan.
10. Pembesaran prostat. Pembesaran prostat boleh menyebabkan kekerapan kencing lebih kerap kerana iritasi pundi kencing, yang membuat dorongan lebih sering untuk kencing.Prostat yang menekan uretra juga membuat pengosongan pundi kencing tidak sempurna dan sebahagian air kencing masih tersisa. Hal ini membuat pundi kencing lebih cepat penuh dan sering buang air kecil.
11. Gangguan hormon. Hormon manusia sangat kompleks dan beberapa di antaranya dapat mempengaruhi sistem kencing. Jika anda mempunyai banyak gejala yang tidak jelas, termasuk sering buang air kecil, mungkin penyebabnya adalah gangguan hormon. Turun naik kecil dalam tahap hormon sering berlaku (terutama pada wanita) dan biasanya tidak serius.
12. Keadaan lain. Keadaan lain yang boleh menyebabkan polyuria adalah penyakit buah pinggang polisistik , penyakit anemia sel sabit , pielonefritis , amiloidosis , sindrom Sjogren , dan myeloma
Apa yang iera dapat simpulkan di sini , antara sebab iera kerap kencing mungkin disebabkan iera terlalu minum air mineral yang banyak . Tambahan pula , Lyssa ni rajin juga minum minuman yang berkaefin . Tapi coffee yang mengandugi collagen lah . Lain kali iera share coffee jenis apa yang iera minum .
Tapi , iera haraplah , tak de penyakit lain yang tersangkut kat badan iera ni . Takut jugak kalau-kalau terkena penyakit kronik seperti diabetis , kencing manis , penyakit buah pinggang dan lain-lain . Hm . Mintak simpang la ...
Apa-apa pun kat sini ada sedikit tips yang nak iera kongsikan bersama :
TIPS UNTUK ANDA
Untuk mencegah buang air kecil terlalu sering, langkah berikut mungkin membantu:
Jangan minum terlalu banyak menjelang tidur di malam hari.Kurangkan minuman berkafein (kopi, teh, coklat, coke).Jika anda diabetes, lakukan kawalan gula darah dengan diet, sukan dan ubat-ubatan.Mintalah doktor untuk menetapkan ubat alternatif yang tidak bersifat diuretik.Rujuk dengan doktor bila anda bimbang sering buang air kecil adalah tanda adanya penyakit yang serius.
Mungkin untuk mengurangkan minum minuman terlalu banyak dan kurangkan minuman berkaefin tu akan Lyssa turuti . InsyaAllah .* Tapi kalau dah ketagih macam mana pulak . Errrr .....
TerimaKasihSudiBaca ..
Top Minggu Ini
INFO | Punca dan Sebab Kenapa Sering Buang