Wednesday, 19 April 2017

Inkontinen Urin

Kegagalan kawalan pundi kencing ialah satu keadaan di mana kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinen urin). Ia kerap berlaku di kalangan wanita. Sebanyak 30% wanita di Malaysia mengalami masalah ini.




Jenis-jenis dan sebab-sebab inkontinen urin :
    • Inkontinen terdesak (Urge incontinence)
Biasanya disebabkan oleh otot pundi kencing yang tidak stabil. Ini menyebabkan pundi kencing mengecut di luar kawalan dan mengakibatkan tekanan di dalam pundi kencing berlebihan dan kencing terkeluar.
    • Inkontinen stres (semasa batuk dan meneran)
Biasanya berlaku disebabkan oleh otot lantai pelvis (pinggul) yang lemah selepas kelahiran atau putus haid (pengurangan paras hormon). Ia juga boleh berlaku di kalangan lelaki selepas pembedahan kelenjar prostat.
    • Retensi dan kencing melimpah (Retention and Overflow)
Kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing secukupnya. Ia mungkin disebabkan oleh halangan aliran keluar air kencing, diabetes atau kecederaan ke atas saraf pundi kencing.
    • Halangan aliran keluar air kencing (Outflow obstruction)
Selalunya berlaku disebabkan oleh pembesaran kelenjar prostat atau kesempitan saluran kencing (urethra).
    • Inkontinen Fungsi (Functional Incontinens)
Kesukaran untuk sampai dan menggunakan tandas akibat daripada masalah pergerakan fizikal, kekeliruan, masalah komunikasi dan kemurungan.
  • Masalah saraf (kerosakan saraf atau otak) seperti:
    • Angin ahmar
    • Ketumbuhan
    • Iritasi pundi kencing seperti batu atau ketumbuhan
  • Kombinasi inkontinen urge dan stres.


Tanda & Simptom
Inkontinen terdesak (Urge incontinence)
  • Pesakit terdesak untuk membuang air kecil sebaik sahaja sensasi untuk kencing timbul (urgency).
  • Kerap membuang air kencing (frekuensi).
Inkontinen stres
  • Boleh berlaku semasa aktiviti fizikal seperti batuk, ketawa, bersin dan mengangkat berat.
Retensi dan kencing melimpah
  • Pesakit mengalami kencing yang menitis berterusan.
Halangan aliran keluar air kencing
  • Kesukaran untuk mengeluarkan air kencing.
Masalah saraf (kerosakan saraf atau otak)
  • Boleh mengakibatkan kedesakan, kekerapan, retensi pundi kencing dan air kencing melimpah.



No comments:

Post a Comment

Mustanir jam ratu malaya

https://www.youtube.com/